
Jokowi mula tugas di ibu kota Nusantara 28 Julai ini
JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dijangka memulakan tugas rasmi di ibu kota negara itu, Nusantara yang terletak di Kalimantan pada 28 Julai, lapor Xinhua.
Permulaan tugas Jokowi di bandar pentadbiran yang dibina mirip seperti Putrajaya itu dijadualkan bermula serentak dengan perasmian sebuah lebuh raya di situ pada hari yang sama.
“Kami sedang dalam proses membuat semua persiapan yang diperlukan agar Presiden dapat mula bekerja di ibu kota baharu,” kata Ketua Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono seperti dilaporkan Xinhua.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya dan Perumahan selaku Pemangku Ketua Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara, Basuki Hadimuljono mengesahkan bekalan air bersih ke bandar itu dijangka siap dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
“Pada masa ini, air minuman telah mengalir ke ibu kota baharu dan telah lulus ujian ketiga. Selepas itu ia akan diagihkan ke kawasan kediaman dan pejabat di Nusantara,” katanya.
Selain itu, pihak berkuasa sedang membuat persiapan untuk sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia yang akan berlangsung serentak di Nusantara dan Jakarta pada Ogos nanti.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |