Jenayah & Mahkamah

Perlu menunggu 24 jam untuk buat laporan jika orang hilang hanya mitos – KPN

KUALA LUMPUR – Orang awam tidak perlu menunggu sehingga tempoh 24 jam untuk membuat laporan tentang kes orang hilang.

Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada hari ini, alasan untuk menunggu tempoh tertentu untuk membuat laporan tentang kehilangan hanya lah mitos yang tidak berasas.

“Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang mengatakan perlu bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang”.

“Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata,” katanya ketika dihubungi hari ini oleh pihak Kosmo.

Tan Sri Razarudin Husain juga menggalakkan agar orang ramai segera membuat laporan polis selepas sudah membuat carian orang yang telah hilang tersebut gagal dijumpai dan dihubungi.

Dengan itu, Ketua Polis Negara  juga menasihati agar semua masyarakat harus terus memainkan peranan membantu menyalurkan maklumat mengenai kes orang hilang.

“Saluran di pelbagai medium kita hebahkan berkait kes orang hilang untuk orang awam bersama kita membantu siasatan kes,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button