Label notis pemotongan bekalan air adalah sah oleh Air Selangor
KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengesahkan bahawa label notis pemotongan bekalan air yang tular di media sosial adalah sah dan digunakan oleh syarikat tersebut.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi mereka, notis itu dikeluarkan kepada pelanggan yang mempunyai tunggakan bil air.
“Jika terdapat pelanggan yang menerima label notis ini walaupun tidak mempunyai tunggakan bil, sila hubungi kami di talian 15300 atau ajukan pertanyaan di Pusat Bantuan kami yang boleh diakses melalui laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.
Terdahulu, kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan tular dakwaan di media sosial mengenai pengguna yang mendapati bekalan air mereka terhenti secara tiba-tiba.
Katanya, mereka memeriksa dan mendapati tanda merah pada notis pemotongan bekalan air.
Dakwaan itu juga menyatakan bahawa kod QR pada notis tersebut membawa kepada laman web yang kelihatan seperti laman rasmi Air Selangor tetapi sebenarnya palsu.
Katanya, Air Selangor menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan memastikan maklumat yang diterima adalah sahih dengan merujuk terus kepada pihak mereka untuk sebarang pertanyaan.