Gangguan bekalan air dijangka pulih 12 tengahari esok
PUTRAJAYA – Gangguan bekalan air berjadual di tujuh wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangkakan pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari esok.
Kawasan yang terlibat adalah daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, setakat 9 pagi ini, pemulihan bekalan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) mencapai 18.4 peratus.
“Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas dijangka mencapai sekitar 20 peratus 3 petang hari ini diikuti 90 peratus jam 3 pagi esok.
“Tempoh pemulihan bekalan berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air sistem agihan bekalan air,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.
Air Selangor turut mengingatkan pengguna supaya menunggu sehingga bekalan air yang diterima jernih sebelum menggunakannya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/ selain Facebook, Instagram dan X.
Syarikat itu juga boleh dihubungi di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune