Berita SemasaPolitik

Saya sudah pencen dari politik – Tok Pa

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengulangi pendiriannya bahawa sudah pencen dari arena politik dan tidak berhasrat untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya.

Bekas Ahli Parlimen Jeli itu berkata, beliau juga sudah meletakkan semua jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang disertainya sejak 2019.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah pun meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti Bersatu pada 30 Sept 2023.

“Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 Nov 2022 bahawa saya sudah ‘pencen’ daripada politik apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRU15,” kata dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dipercayai susulan laporan media sebelum ini yang melaporkan beliau dan seorang lagi bekas veteran UMNO, Datuk Seri Annuar Musa akan dipilih sebagai calon mewakili BERSATU dalam pilihan raya di kerusi Parlimen Jeli dan Gua Musang.

Cadangan itu dibuat oleh Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd Nor.

Mustapa yang juga dikenali sebagai Tok Pa menyandang kerusi Parlimen Jeli sejak 1995 dan kemudian tewas kepada calon PAS pada 1999. dan memenanginya semula pada 2004.

Pada PRU15 lalu, Mustapa mengumumkan menarik diri daripada mempertahankan kerusi yang diwakilinya sejak 1995 atas faktor kesihatan dan nasihat doktor.

Negara bakal menyaksikan beberapa pilihan raya dalam masa terdekat susulan enam Ahli Parlimen terlucur keahlian selepas menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Zahari Kechik (Jeli), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Azizi Abu Naim.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button