
Penempatan anggota JSJ di SKMM perkasa siasatan dan penguatkuasaan isu 3R
CYBERJAYA – Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan ditempatkan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berkaitan kandungan di media sosial terutamanya kandungan berkaitan kaum, agama dan raja (3R) .
SKMM dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, penempatan pegawai polis berkenaan di agensi itu bakal memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua agensi penguatkuasaan bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan.
Menurut agensi itu, keputusan berkenaan dipersetujui menerusi pertemuan antara Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
“Pertemuan itu membincangkan berkenaan keperluan memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan bangsa, agama dan institusi diraja (3R).
“Pemerkasaan kerjasama sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa serta mengambil kira keperluan terkini dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang negara,” menurut SKMM.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |