Berita Semasa

Tokoh silat terkenal, Jak Othman meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Tokoh seni bela diri terkenal, Jak Othman meninggal dunia pada usia 62 tahun hari ini.

Difahamkan Allahyarham yang juga guru silat Harimau Berantai sebelum ini mengalami sakit buah pinggang tahap empat.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi oleh rakan seperjuangan beliau Muhammad Syahmi dalam laman Facebooknya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat seperjuangan Guru Utama Persatuan Seni Silat Lian Padukan Malaysia iaitu Prof Jak Othman (Guru Seni Silat Harimau Berantai) telah kembali ke rahmatullah,” tulisnya.

Allahyarham yang lahir di Johor telah berkecimpung dalam dunia silat sejak usia 5 tahun, di bawah bimbingan ayahnya, Almarhum Othman Kassim.

Selain aktif dalam seni silat Harimau Berantai, beliau juga mengajar silat Gayung Harimau dan tomoi di Malaysia dan di seluruh dunia.

Pada tahun 1980-an, beliau telah menyebarkan silat ke United Kingdom dan mendirikan Persatuan Silat British.

Allahyarham juga aktif dalam memperkenalkan seni silat melalui visual dengan menerbitkan siri televisyen berjudul Mahaguru pada awal tahun 1990an di TV3.

Show More

Related Articles

Back to top button