Jenayah & Mahkamah

Kes bunuh kanak-kanak autisme: Ibu bapa Rayyan ditahan

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri yang juga ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditahan pada Jumaat.

Difahamkan mereka ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi.

Bagaimanapun butiran berkaitan penahanan terbabit belum diperoleh setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan berkaitan tangkapan.

Katanya, pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman esok.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Polis mengesahkan mangsa meningggal dunia akibat dibunuh.

Show More

Related Articles

Back to top button