PM X

Kerjasama ekonomi Malaysia-China diperkukuh, rangkumi perdagangan, teknologi termaju

KUALA LUMPUR – Kerjasama ekonomi yang erat antara Malaysia dan negara China akan terus diperkukuh dengan tumpuan kepada aktiviti perdagangan dan teknologi termaju.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerangka Ekonomi Madani akan memberi tumpuan dalam membina ekosistem kondusif dan mesra pelabur.

“Pembangunan yang dikecapi Malaysia hari ini adalah hasil sumbangan semua kaum menerusi kerjasama dan perpaduan yang kukuh dan pastinya akan terus dipertahankan oleh Kerajaan Madani dalam usaha membina sebuah negara yang maju,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan merasmikan Konvensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) hari ini.

Anwar berkata, konvensyen itu menjadi platform penting yang menghimpunkan lebih 4,000 tetamu dari serata dunia.

“Lebih 4,000 tetamu dari serata dunia bagi meneliti dan berbincang mengenai senario ekonomi dunia, termasuk berkaitan peralihan tenaga dan kecerdasan buatan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menjelang kepengerusian ASEAN tahun 2025, Perdana Menteri menyeru kepada usahawan untuk meneroka peluang pelaburan dengan negara di rantau ini bagi mewujudkan landskap ekonomi ASEAN yang lebih maju dan makmur.

Show More

Related Articles

Back to top button