Guru lelaki tumbuk rakan sekerja ditahan
KEMAMAN – Guru lelaki di sebuah sekolah rendah di sini yang dipercayai menumbuk guru wanita sehingga lembam pada bahagian mata ditahan di rumahnya, semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan di kaunters kediamannya nya pada pukul 9 malam.
“Dia telah dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini dan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin telah membenarkan perintah reman selama tiga hari sehingga Rabu ini terhadap suspek bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama,” katanya memetik laporan Kosmo Online hari ini.
Hanyan berkata, punca pergaduhan antara dua guru sebuah sekolah rendah di daerah ini tersebut masih dalam siasatan.