Berita Semasa

Mata anggota Maritim Malaysia cedera ditembak berjaya diselamatkan

KUALA LUMPUR – Mata anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang tercedera akibat ditembak di perairan Kunak, semalam, berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, anggota terbabit tidak perlu memakai mata palsu dan pembedahan telah dijalankan untuk mengeluarkan peluru bagi memastikan matanya berfungsi dengan baik.

“Seorang anggota Maritim Malaysia yang terbabit dalam kejadian tembakan itu selamat menjalankan pembedahan mata dan peluru berjaya dikeluarkan.

“Alhamdulillah mata anggota itu tidak perlu dikeluarkan kerana pada awalnya pembedahan juga untuk memasukkan mata palsu, namun keadaannya stabil,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.

Sebelum ini, dua anggota penguat kuasa Maritim Malaysia Zon Lahad Datu cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak penjenayah di perairan Kunak, semalam.

Dalam kejadian sekitar 8 pagi itu, mangsa, Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, cedera di mata kiri, manakala seorang lagi kru bot yang sama, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua belah tangan dalam pergelutan itu.

Sementara itu, empat lagi anggota penguat kuasa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Show More

Related Articles

Back to top button