Berita Semasa

Ribuan rakyat Indonesia banjiri WTCKL

Proses undi awal PEMILU 2024

KUALA LUMPUR – Ribuan rakyat Indonesia memenuhi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini bagi melaksanakan undi awal sempena Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024.

Para rakyat negara jiran itu mula tiba di pusat pengundian berkenaan seawal jam 7.30 pagi.

Difahamkan, WTCKL yang merupakan salah satu daripada enam pusat pengundian awal dibuka di negara ini merekodkan seramai 222,945 pemilih.

Lima lagi pusat pengundian awal yang turut dibuka di Malaysia ialah di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Kuching, Sarawak.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono (gambar) sebelum ini menjangkakan sekitar 30 peratus daripada 832,420 rakyat negara itu yang menetap di Malaysia dan berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab mengundi awal hari ini.

Katanya, proses pengundian Pemilu dan Pilpres Indonesia 2024 sering mendapat perhatian kerana melibatkan jumlah pemilih luar negara terbesar.

Kira-kira 240 juta penduduk Indonesia akan meraikan pesta demokrasi dalam Pemilu dan Pilpres pada 14 Februari ini untuk memilih presiden, naib presiden, ahli Perhimpunan Perundingan Rakyat dan wakil untuk badan perundangan tempatan.

Show More

Related Articles

Back to top button