Berita Semasa

Pilihan raya PBT: Dr Zaliha akan bincang dengan KPKT

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung keperluan untuk mengadakan
pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di ibu negara.

Menurut Zaliha, beliau tidak menolak akan kepentingan untuk mengadakan pilihanraya PBT tersebut, namun katanya, terdapat perkara lain yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu.

“Saya juga tidak menolak ada kepentingan yang diutarakan daripada warga Kuala Lumpur tentang pilihanraya PBT.

“Sebenarnya ia dibawah bidang kuasa KPKT dan saya tidak dapat menolak akan kepentingannya. Apapun nanti saya sendiri akan berbincang dengan Menteri untuk melihat perkara ini dengan lebih teliti lagi,” katanya selepas Majlis Sambutan Datang dan Sesi Taklimat DBKL, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai, menggesa supaya kerajaan  mengembalikan semula pilihan raya PBT d di peringkat bandar raya tersebut.

Menurut Kok Wai, pilihan raya PBT berkenaan adalah bagi memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Katanya, mengembalikan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur akan membawa kepada ibu negara yang mampan, mengamalkan tadbir urus cekap, bersih dan bertunjangkan rakyat.

Gesaaan tersebut disuarkan Kol Wai menerusi konvensyen parti itu peringkat Wilayah Persekutuan pada Ahad lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button