Berita Semasa

India tarik balik larangan eksport beras putih ke Malaysia

PUTRAJAYA – Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan India kerana telah menarik balik larangan eksport beras putih selain basmathi ke atas Malaysia.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu diumumkan melalui note A yang diterimanya pada hari ini.

“Kerajaan India telah bersetuju untuk membenarkan Malaysia mengimport 170,000 metrik tan beras putih bukan basmathi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Datuk Seri Mohamad Sabu

Mohamad berkata, pada 25 Ogos lalu, beliau telah menghantar surat permohonan kepada Menteri Hal Ehwal Pengguna, Makanan dan Pengedaran Awam India, Piyush Goyal untuk menarik balik sekatan eksport itu.

“Pada 27 September lalu saya telah mengadakan perbincangan bersama Duta Besar India di Malaysia, BN Reddy berhubung permohonan ini.

“Kebenaran yang diberikan ini menunjukkan Malaysia dan India mempunyai hubungan yang sangat rapat dan baik khususnya dalam bidang pertanian, penyelidikan, latihan dan keterjaminan makanan,” ujarnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button