Berita SemasaPM X

Pelaksanaan projek PIKAS perlu diterap tatakelola – PM Anwar

CYBERJAYA – Pelaksanaan projek di bawah Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) perlu diterapkan prinsip tatakelola yang tetap, tegas dan tidak bertolak-ansur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkata, projek penswastaan tidak patut melupakan kerangka asas dan hala tuju negara.

“Itu sebabnya dalam projek PIKAS ini, mesti diterapkan prinsip tatakelola yang tetap, tegas dan tidak bertolak-ansur (terhadap penyelewengan),” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) 2030, di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Anwar, setiap projek dilaksanakan perlu mengambil kira tiga perkara utama iaitu kadar upah, perumahan dan aspek pendidikan anak pekerja.

“Mesti juga memikirkan soal keluarga (pekerja syarikat) yang mampu mendirikan syarikat itu, kemampuan keluarga maknanya kadar upah, perumahan dan pendidikan mengikut kadar dan keupayaan syarikat,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button