Luar Negara

Ahli Parlimen Israel digantung kerana kritik tindakan kerajaan di Gaza

TEL AVIV – Panel etika Parlimen Israel (Knesset)  menggantung seorang Ahli Parlimen, Ofer Cassif kerana mengkritik kerajaan berkenaan tindakannya ke atas Gaza.

Cassif dalam satu temubual sebelum ini, menyamakan tindakan Netanyahu ke atas wilayah Gaza seperti ‘tindakan Nazi ke atas orang yahudi di Eropah ketika Perang Dunia Kedua (WW2)’ lapor al Jazeera.

Dalam satu lagi temubual, Cassif dipetik sebagai berkata bahawa ‘Israel mahukan keganasan ini’ yang merujuk kepada serangan Hamas pada 7 Okt lepas yang menyebabkan kematian kira-kira 1,400 penduduk Israel.

Lapor Jerusalem Post, Cassif yang mewakili parti berhaluan kiri, Hadash, digantung selama 45 hari.

Susulan penggantungan tersebut, Cassif dalam satu hantaran di akaun media sosialnya berkata, keputusan Knesset itu merupakan “satu kekangan kepada kebebasan menyuarakan pandangan politik”.

Show More

Related Articles

Back to top button