NEW DELHI – Gelombang haba luar biasa kini melanda India ketika fenomena El Nino diramalkan beralih pada fasa neutral pada hujung pertengahan tahun ini.
Suhu tertinggi direkodkan di bandar raya ini kini mencecah 52.3 drjah Celcius, yang direkodkan kelmarin.
“Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi pada Rabu merekodkan suhu maksimum 52.3 darjah Celsius. Ini adalah suhu maksimum tertinggi di Delhi setakat ini,” kata pegawai di Jabatan Meteorologi India, Kuldeep Srivastava, lapor Agensi Anadolu.
Suhu tertinggi pernah direkodkan di Delhi ialah 45.6 darjah Celsius pada 29 April 1941.
Beberapa bandar lain di India pada Selasa turut mencatat suhu melebihi 49 darjah Celsius dengan Churu di negeri Rajasthan barat mencapai 50.5 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi India berkata, ‘gelombang haba kepada keadaan gelombang haba teruk’ dijangka berkurangan secara beransur-ansur di Barat Laut dan Tengah India mulai Khamis.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa India bertindak mengeluarkan amaran kesihatan kerana bimbang keadaan itu berpotensi meragut nyawa.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune