Berita Semasa

Dungun daerah terbaharu dilanda banjir di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Terengganu dengan jumlah mangsa yang terjejas terus meningkat setakat pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu dalam laporannya menyatakan, satu pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan malam tadi bagi menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga di daerah itu.

Ia sekali gus menyaksikan lima daerah di negeri ini dilanda banjir iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun.

Setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa terjejas akibat banjir di Terengganu adalah seramai 2,765 mangsa berbanding 411 mangsa yang direkodkan malam tadi.

Kesemua mangsa daripada 603 keluarga itu kini ditempatkan di 14 PPS di lima daerah berkenaan.

Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,584 mangsa daripada 554 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Ia diikuti daerah Hulu Terengganu yang mengaktifkan enam PPS bagi menempatkan 94 mangsa daripada 25 keluarga.

Selain itu, seramai 69 mangsa daripada 19 keluarga yang terjejas ditempatkan di satu PPS di Setiu, manakala di Marang, satu PPS dibuka sebagai tempat berlindung 13 mangsa daripada empat keluarga.

Show More

Related Articles

Back to top button