Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Tuntutan palsu RM2 juta, pengurus kanan direman SPRM

PUTRAJAYA- Seorang bekas pengurus kanan kejuruteraan sebuah syarikat pengeluaran barang keperluan asas ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat dalam tuntutan palsu dan penipuan bernilai kira-kira RM2 juta.

Perintah reman selama empat hari sehingga 16 November 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam 40-an itu ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2019 sehingga tahun ini.

“Suspek disyaki terlibat dan bersubahat untuk memohon serta meluluskan tuntutan palsu syarikat kenalan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan serta menyeleweng wang syarikat dengan memberikan maklumat dalaman kepada syarikat kenalan tersebut mengenai harga-harga pembida syarikat lain.

“Suspek juga dipercayai telah menipu syarikat tempat dia bekerja dengan menyalurkan maklumat mengenai keperluan perolehan kerja-kerja pembaikan mesin pengeluaran barangan asas yang melibatkan jumlah kira-kira RM2 juta,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a)(a)Akta SPRM 2009.

Show More

Related Articles

Back to top button