Berita SemasaLuar Negara

Pelakon Korea, Song Jae Rim ditemukan maut, tinggalkan sepucuk surat

SEOUL – Pelakon Korea Selatan, Song Jae Rim meninggal dunia selepas dia ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di pangsapurinya, semalam.

Kematian pelakon berusia 39 tahun itu disahkan menerusi kenyataan dari Balai Polis Seongdong.

Menurut laporan beberapa media Korea Selatan, sepucuk surat dua halaman memperincikan wasiat turut ditemui di apartment tersebut.

Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.

Jae Rim membuat debut dalam bidang lakonan menerusi filem Actresses pada 2009 dan mula mendapat perhatian ramai menerusi drama The Moon Embracing the Sun pada 2012.

Selain itu, dia turut muncul dalam beberapa drama termasuk Flower Boy Ramen Shop, Inspiring Generation, Two Weeks, Goodbye Mr. Black, Bad Girls, dan Queen Woo.

Penampilan terakhirnya ialah dalam pementasan teater berjudul The Rose of Versailles, yang baru saja berakhir pada 13 Oktober lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button