PM XPolitik

Anwar: Terima maaf Najib demi contoh kepimpinan berhemah

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penerimaan permohonan maaf daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tindakan berasaskan prinsip kepimpinan yang baik.

Menurut Anwar, sebagai pemimpin, adalah penting untuk menunjukkan sikap terbuka apabila menerima permohonan maaf yang dibuat secara ikhlas.

Perdana Menteri di Majlis Perasmian Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak di Hotel Kinta Riverfront, di sini, semalam.

Anwar berkata, tindakan itu selari dengan nilai kepimpinan berhemah dan matang yang perlu ditonjolkan dalam situasi seperti ini.

“Orang meminta maaf, takkan kita hendak kata ‘saya tak terima’. Ini bukan soal peribadi, tetapi prinsip kepimpinan. Saya perdana menteri, bapa kepada negara, jadi apabila orang meminta maaf, kita terima dengan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Perak di Hotel Kinta Riverfront, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, yang mengetuai Pakatan Harapan (PH) negeri itu.

Anwar turut menyentuh kritikan pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan penerimaan maaf tersebut.

“Mereka yang mengecam langkah itu tidak memahami konsep asas kepimpinan dan hanya mencari alasan untuk mempersoalkan keputusannya.

“Ada segelintir yang marah dan mempertikaikan keputusan saya terima maaf itu, kononnya tidak wajar. Saya tidak terlibat dalam urusan mahkamah atau pengampunan; itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagu.

Dalam ucapannya, Anwar turut memberi penegasan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan semua agensi penguat kuasa perlu bertindak tanpa memilih bulu.

“Ada yang kata saya pilih dalam hal rasuah, tetapi arahan saya jelas, selamatkan negara tanpa kompromi. Arahan saya kepada SPRM, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), kastam dan semua badan penguat kuasa adalah menyeluruh,” katanya lagi.

Jumaat lalu, Anwar menerima permohonan maaf secara terbuka daripada Najib berkaitan skandal 1MDB yang dibacakan oleh anaknya, Datuk Mohamad Nizar.

Dalam kenyataan itu, Najib menyatakan beliau tidak bersalah dalam isu tersebut dan menuding kepada Jho Low serta eksekutif Petrosaudi sebagai pihak yang terlibat dalam penyelewengan dana.

Show More

Related Articles

Back to top button