Sukan

Rosman Razak kembali ke pangkuan BAM

KUALA LUMPUR – Rosman Razak kembali menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selaku ketua jurulatih beregu wanita.

Menurut BAM, pakar regu itu yang mempunyai pengalaman luas sebagai jurulatih akan mula bertugas pada 5 November ini di PETRONAS Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

“Dengan pengalaman hampir dua dekad sebagai jurulatih skuad negara, Rosman banyak memberikan kepakaran dan tunjuk ajar kepada pemain.

Dalam pada itu Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky mengalu-alukan kehadiran beliau dalam pasukan tersebut.

“Pengalaman bertahun-tahun bersama pasukan kebangsaan amat berharga, dan kami percaya kepimpinannya akan memainkan peranan penting dalam memacu skuad beregu wanita ke tahap baharu,” katanya.

Rosman akan bekerjasama rapat dengan Rexy, bersama jurulatih kanan pasukan, Ching Kai Feng dan jurulatih pasukan junior, Amelia Anscelly, untuk mengukuhkan dan mengembangkan lagi pasukan beregu wanita.

Show More

Related Articles

Back to top button