Luar Negara

Taiwan sahkan syarikat negara itu tidak terlibat dalam pembuatan peranti yang meletup di Lebanon

TAIPEI – Kerajaan Taiwan mengesahkan bahawa komponen yang digunakan dalam ribuan alat kelui yang meletup di Lebanon awal minggu ini, tidak dihasilkan di negara itu.

Menteri Ekonomi, Kuo Jyh-huei berkata, kerajaan kini sedang menjalankan siasatan ke atas insiden terbabit dan pihak polis telah melakukan beberapa lawatan ke syarikat pengeluar yang didakwa mengeluarkan komponen terlibat, lapor Reuters.

Buat masa ini, usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden itu dan pada masa sama kerajaan turut mengambil langkah tertentu bagi memastikan keselamatan dan kredibiliti syarikat tempatan mereka.

Terdahulu, Presiden dan pengasas Gold Apollo, Hsu Ching-Kuan serta wakil tempatan untuk perjanjian dengan syarikat BAC, telah dipanggil oleh pendakwa raya untuk disoal siasat

Kedua-dua mereka bagaimanapun telah dibebaskan

Ching-Kuan dilaporkan enggan menjawab soalan wartawan ketika beliau meninggalkan salah satu pejabat Pendakwa Raya Taiwan

Beberapa hari lalu, beliau dipetik sebagai berkata, syarikatnya tidak mengeluarkan peranti yang digunakan dalam serangan itu.

Sebaliknya katanya peranti itu dibuat oleh syarikat Bac yang berpangkalan di Budapest, Hungary yang diberi lesen untuk menggunakan jenamanya.

Show More

Related Articles

Back to top button