Kereta rempuh orang awam, 34 maut dan 43 cedera
ZHUHAI – Sekurang-kurangnya 35 maut dan 43 orang awam cedera dalam kejadian langgar lari di sebuah pusat sukan di bandar Zhuhai, selatan China semalam.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 7:48 malam (waktu tempatan) itu berlaku apabila apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun secara tiba-tiba menuju ke arah sekumpulan besar orang awam yang sedang bersenam di luar pusat sukan tersebut.
Kejadian tersebut berlaku ketika kesibukan berlangsungnya pameran oleh Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di bandar tersebut.
Menurut laporan media tempatan, motif lelaki tersebut bertindak demikian masih belum dapat dipastikan.
Bagaimanapun polis yang mendedahkan identiti suspek sebagai Fan mengikut nama keluarganya, telah menemui pisau dalam kereta berkenaan.
Suspek juga mengalami luka di leher akibat kesan kelar dan tidak sedarkan diri.
Sementara itu, Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa suspek akan berhadapan hukuman tegas berdasarkan undang-undang negara itu.