Bisnes & Ekonomi

Kiddycafe jadi tarikan terbaru Kiddytopia IOI Mall Putrajaya

PUTRAJAYA – Kiddytopia, taman permainan kanak-kanak tertutup memperkenalkan kafe terbarunya yang diberi nama Kiddycafe.

Terletak di IOI City Mall, Putrajaya, Kiddycafe tampil dengan tema hiburan mesra keluarga dengan menu Finger Food Family Friendly terbarunya iaitu Surfries! (aneka hidangan kentang goreng).

Menurut Pengarah Urusan Kiddytopia, Akmal Adib Mainong, menu tersebut didatangkan bersama empat jenis kentang goreng istimewa iaitu loaded fries, shaker fries, long fries, dan steak fries.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua ibu bapa yang telah mempercayai kemudahan taman permainan dalaman kami.

“Dengan tema hiburan mesra keluarga, kami amat teruja untuk memperkenalkan Finger Food Family Friendly terbaru kami,
Surfries!,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menu istimewa Kiddycafe yang menampilkan empat jenis kentang goreng istimewa iaitu loaded fries, shaker fries, long fries, dan steak fries.

Mengulas mengenai menu tersebut, Chef Nor Arazman Al Junid yang merupakan Ketua Koki Eksekutif berkata, menu itu
turut datang bersama kombo yang menarik.

“Pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun tambahan apabila membeli bersama dan layak untuk membeli Bolo Bun dengan dua perisa ais krim pada harga hanya RM5. Kombo ini akan dilancarkan bermula pada 14 September.

“Kami juga menggunakan bahan-bahan terbaik dan telah mencuba beberapa resipi untuk memastikan yang terbaik untuk pelanggan kami. Kami menyediakannya dengan sepenuh hati, bukan hanya berbaloi dengan harga tetapi juga merupakan makanan ringan yang sempurna untuk seluruh keluarga,” katanya.

Cawangan Kiddytopia boleh dilawati di Kiddytopia Aeon Nilai, Kiddytopia Midvalley Southkey dan Kiddytopia IOI City Mall Putrajaya.

Sementara itu, Akmal Adib menambah, Kiddytopia adalah antara jenama pertama yang menggabungkan kafe, taman permainan dalaman, dan permainan penggalian konsol untuk seluruh keluarga.

“Dengan ini, Kiddytopia adalah pusat persinggahan yang ideal untuk ibu bapa yang ingin menikmati hidangan sambil melihat anak-anak mereka berseronok dengan permainan.

“Saya juga berharap semua pelanggan menikmati menu baharu kami, tidak hanya untuk pelanggan Kiddytopia tetapi juga kepada semua pencinta kentang goreng di luar sana,” kata Akmal Adib.

Show More

Related Articles

Back to top button