Luar Negara

129 maut dalam cubaan lari diri dari penjara

KINSHASA – Sekurang-kurangnya 129 orang terbunuh semasa cubaan melarikan diri dari Penjara Makala, penjara terbesar di Republik Demokratik Congo (DRC) dalam kejadian 2 pagi waktu tempatan semalam.

Menteri Dalam Negeri Congo, Jacquemain dalam kenyataan video berkata, jumlah yang terkorban itu termasuk 24 orang yang ditembak selepas amaran dikeluarkan.

Manakala, dianggarkan 59 yang lain cedera dalam kejadian di Penjara Makala itu di ibu negara DRC, Kinshasa.

Kementerian itu juga berkata, sebilangan mangsa mati akibat rempuhan atau lemas dan beberapa wanita telah dirogol.

Beberapa saksi memberitahu, tembakan bermula di penjara itu kira-kira pukul 2.00 pagi (waktu tempatan) semalam dan berlarutan selama beberapa jam.

Seorang juru elektrik berusia dalam lingkungan 40-an di Kinshasa, Daddi Soso melaporkan melihat kenderaan-kenderaan pasukan keselamatan membawa pergi sebilangan mayat pada waktu awal pagi.

Pihak berkuasa tidak memberikan sebarang petunjuk tentang berapa ramai banduan yang melarikan diri atau cuba berbuat demikian tetapi menjelang tengah hari semalam, jurucakap kerajaan, Patrick Muyaya memberitahu stesen televisyen pemerintah bahawa keadaan kini terkawal.

Show More

Related Articles

Back to top button