Berita Semasa

Nga Kor Ming jadi menteri Kabinet pertama dalam sejarah sertai perarakan Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menjadi menteri Kabinet pertama dalam sejarah menyertai perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Menurut Kor Ming, langkah ini bertujuan untuk meningkatkan semangat pasukan bomba dan menunjukkan sokongan terhadap mereka.

Beliau menyatakan bahawa anggota bomba bekerja siang malam tanpa mengenal penat lelah, malah sering membekukan cuti tahunan mereka untuk sentiasa bersedia.

“Pengorbanan dan usaha keras anggota bomba patut dihargai dan dikagumi oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Kerajaan Madani akan sentiasa bersama-sama dengan anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam acara gilang gemilang itu, lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2024 anjuran kali kedua Kerajaan Perpaduan.

Show More

Related Articles

Back to top button