Berita Semasa

2,903 pelajar cipta rekod MBOR, sertai pembuatan poster terbesar bertemakan patriotisme

KUALA LUMPUR – Seramai 2,903 pelajar sekolah menengah berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records untuk penyertaan terbesar dalam pembuatan poster bertemakan patriotisme.

Program Citra Nusa @ Muzium: Bermalam di Muzium Perdana yang berlangsung pada 31 Ogos 2024 di Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang memuji usaha ini sebagai langkah penting untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, di samping meningkatkan penghargaan terhadap warisan sejarah dan budaya negara.

“Program ini dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) sejak 2005 telah mencatat peningkatan penyertaan yang ketara berbanding tahun sebelumnya,” katanya di sini hari ini.

Aaron berharap program ini akan diteruskan bagi memperkukuh semangat perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan pelajar.

‘Inisiatif lain seperti program ‘Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium’ (IPIM) yang dijalankan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk memperkasakan mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar dan mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa depan.

“Program-program seperti ini adalah penting untuk memastikan generasi muda kita bukan sahaja memahami sejarah negara, tetapi juga menanamkan semangat patriotisme yang tinggi, agar mereka terus mempertahankan kedaulatan tanah air.” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button