Berita Semasa

Lawatan rasmi TPM Zahid: Kerjasama pendidikan tinggi Malaysia-Timor Leste diperkukuh

KUALA LUMPUR – Lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Timor-Leste telah menyaksikan beberapa pencapaian penting berjaya dicapai khususnya dalam kerjasama sektor pendidikan tinggi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, lawatan tersebut berjaya diterjemah melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) antara UniKL dan Kementerian Pendidikan Tinggi Timor- Leste bagi merealisasikan penubuhan pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) baharu di negara ini.

“UniKL juga bersedia untuk menawarkan 50 biasiswa kepada pelajar Timor-Leste yang layak untuk melanjutkan pengajian Master dan PhD di institusi tersebut,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Terdahulu, Ahmad Zahid berpeluang bertemu Presiden, José Ramos-Horta dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão serta mengadakan pertemuan dengan dengan beberapa Menteri Kabinet lain.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau dan para delegasi turut berbesar hati apabila dijemput oleh Kerajaan Timor-Leste menghadiri Majlis Ulang Tahun Referendum yang ke-25 (Popular Consultation Day) di Parlimen Nasional.

“Sambutan ini merupakan suatu acara yang bersejarah buat Timor-Lester di mana rakyatnya telah bertindak memilih untuk menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka sekaligus bermulanya era baharu dalam sejarah negara ini,” ujarnya.

Mewakili Malaysia, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan dan rakyat Timor- Leste yang telah menyambut Ulang Tahun Referendum yang ke-25 pada hari ini.

“Semoga Timor-Leste terus berkembang maju dan berjaya mewujudkan kemakmuran, keamanan, dan kesejahteraan yang berpanjangan,” ujarnya.

Mengakhiri lawatan, ketika solat Jumaat di Masjid An-Nur, Dili, Timbalan Perdana Menteri telah meminta wakil Halal Development Corporation (HDC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membantu usaha komuniti Islam di Timor Leste mewujudkan sebuah badan pensijilan tersendiri bagi membangunkan potensi halal di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button