Berita Semasa

Khaled Nordin lancar Program e-Perkasa SPM YLTAT-UPSI

KLUANG – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan Lembaga Angkatan Tabung Tentera (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelancaran program tersebut merupakan bukti komitmen YLTAT bersama UPSI dalam memperkasa pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Program rintis ini bakal memberi manfaat kepada seramai 969 orang anak-anak warga ATM di seluruh negara sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024.

“Program ini berasaskan konsep mentor-mentee dengan menggunakan platform digital seperti Google Meet dan Youtube Live pengukuhan kefahaman selain memperkasa usaha pemindahan pengetahuan dan kepakaran antara kedua-dua pihak,” katanya.

Hadir sama, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin; AKS Sumber Manusia, Mejar Jeneral Datuk Norsham Md Tap; Ketua Eksekutif YLTAT, Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin; Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff dan Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad.

Pada masa yang sama, seramai 35 orang pelajar menerima sumbangan peranti Chromebook sumbangan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) bagi memudahkan para pelajar mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih praktikal.

“Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran para pelajar,” katanya lagi.

Terdahulu, Khaled Nordin melaksanakan lawatan ke Kem Mahkota, Kluang, Johor, hari ini.

Semasa lawatan, Khaled Nordin menyaksikan demonstrasi projek penanaman hidroponik oleh Profesor Madya Ts. Dr. Siti Amely binti Jumaat, Associate Professor in Electrical Engineering Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHN).

Demonstrasi itu turut disaksikan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Wira, Muhammad Hafizuddeain Jantan diringi oleh panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad.

Show More

Related Articles

Back to top button