Berita SemasaPM X

Kerajaan akan buat apa sahaja bagi tangani isu hasutan kaum

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi menangani isu hasutan kaum di negara ini.

Beliau berkata, adalah menjadi tugas kerajaan untuk menyelamatkan negara daripada hasutan kelompok kecil yang tidak bertanggungjawab cuba mencetuskan keganasan, kebencian dan permusuhan antara satu sama lain.

“Jika ada mana-mana kelompok kecil bawa hasutan kaum ke arah keganasan dan kebencian dan permusuhan antara satu sama lain, saya tidak peduli sama ada disenangi media antarabangsa atau negara luar kerana tugas kita adalah selamatkan Malaysia tercinta ini.

“Kalau tidak cukup, kita pinda, tambah peruntukan undang-undang, ambil tindakan supaya negara ini selamat dan dapat diangkat sebagai negara hebat di rantau dan dunia ini,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut mahu generasi muda mendalami ilmu disiplin baharu serta tidak melupakan pengorbanan perjuangan pejuang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan.

“Kita di sini mengukur pertimbangan tapi sebagai membuktikan semua kaum, tokoh berkorban yang mempunyai cita-cita dan wawasan besar (sama ada) Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, Kadazan, Dusun, Bajau dan semua kaum.

“Sebab itu saya tegaskan, (perlu) pecahkan tembok-tembok yang mengganggu dan menghalang kejayaan kita dan bina kekuatan baharu,” katanya lagi

Show More

Related Articles

Back to top button