Jenayah & Mahkamah

PDRM sudah rakam keterangan ahli politik dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar

KOTA BHARU – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan seorang ahli politik dan suaminya yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pasangan suami isteri terbabit diambil keterangan pada Julai lalu, selepas artikel pertama berhubung kes berkenaan dilaporkan di Myanmar.

“Kita sudah menjalankan siasatan dan buat masa ini siasatan juga masih diteruskan. Kita juga akan mendapatkan artikel yang dikeluarkan oleh negara berkenaan.

“Kita juga akan mencari saksi yang terbabit dan pasangan suami isteri itu juga sudah diambil keterangan pada Julai lalu,” katanya dalam laporan BH Online, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas di antara Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dengan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby, di sini, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button