Sukan

Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027

PUTRAJAYA – Malaysia telah menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027.

Keputusan ini diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini selepas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan KBS, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesediaan Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang untuk menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga negeri tersebut akan menggunakan peruntukan masing-masing bagi memastikan kelancaran penganjuran temasya sukan tersebut.

Jemaah Menteri juga merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan negeri Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) XXI atas kejayaan menganjurkan temasya yang berakhir pada 24 Ogos lalu.

Pengumuman ini sekaligus menandakan komitmen Malaysia dalam memartabatkan sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Show More

Related Articles

Back to top button