Luar Negara

Lebih 100 terbunuh rejim zionis bom sekolah

GAZA CITY – Lebih 100 terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila rejim zionis mengebom sebuah sekolah di kejiranan Daraj yang dijadikan tempat perlindungan rakyat Palestin, sebentar tadi.

Laporan al-Jazeera menyebut, tentera rejim mengebom Sekolah Al-Tabi’in di sini ketika orang ramai sedang menunaikan solat Subuh.

Saksi kejadian memberitahu al-Jazeera, bangunan tersebut dibedil dengan tiga peluru berpandu menyebabkannya runtuh lalu terbakar.

Sementara itu, jurucakap tentera rejim dalam satu kenyataan berkata, bangunan tersebut dibedil kerana mereka percaya ia digunakan sebagai “ibupejabat Hamas” dan melindungi pejuangnya.

Show More

Related Articles

Back to top button