Luar Negara

Rejim Zionis lancar serangan darat, udara, laut ke Tebing Gaza

BAITULMUQADDIS – Rejim Zionis melancarkan serangan darat diikuti dengan serangan udara dan dron dan bedilan tentera laut dengan menyasarkan kubu Hamas di Semenanjung Gaza pada awal pagi tadi (waktu tempatan).

Serangan itu menyaksikan sejumlah bangunan yang didakwa pusat persembunyian pejuang Hamas, tapak pelancaran peluru berpandu antikereta kebal musnah, selain beberapa anggota kumpulan itu juga terkorban.

“Operasi itu dilakukan dengan lancar di sasaran yang kami tetapkan,” menurut kenyataan tentera Israel.

Rakaman yang dikongsi tentera Israel menunjukkan kepulan asap menjulang tinggi ke udara selepas mereka melancarkan serangan di tengah Gaza.

Serangan terbaharu itu dilakukan selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengulangi pendiriannya untuk menggempur Gaza habis-habisan.

Beliau memberi gambaran bahawa tentera Israel akan ‘menawan Gaza dalam minggu ini’.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button