Luar Negara

Ubat batuk tidak penuhi piawaian keselamatan mesti ditarik balik dari pasaran – WHO

NEW YORK – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa pihak berkuasa negara supaya menjalankan pemeriksaan lebih terperinci susulan insiden kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan pengambilan sirap ubat batuk yang dilaporkan di sekurang-kurangnya tujuh negara.

Laporan agensi dpa yang memetik kenyataan WHO berkata, ubat tiruan atau ubat tidak memenuhi piawaian keselamatan mesti dikenal pasti dan ditarik balik daripada pasaran.

WHO mengeluarkan kenyataan itu susulan kejadian di mana sekurang-kurangnya 300 bayi di tiga negara dilaporkan meninggal dunia selepas mengambil ubat batuk yang boleh dibeli tanpa preskripsi.

Ubat tersebut dikatakan mengandungi bahan toksik seperti pelarut industri atau agen antibeku yang boleh membawa maut walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Bagaimanapun, WHO tidak mendedahkan negara yang terlibat dalam kenyataan tersebut.

Namun, difahamkan badan kesihatan dunia itu sebelum ini pernah mengeluarkan amaran mengenai insiden di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan.

Show More

Related Articles

Back to top button