Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Anggota polis cedera di telinga terkena tembakan ketika latihan menembak

IPOH: Seorang anggota polis cedera terkena tembakan di bahagian telinga ketika menjalani latihan menembak di lapang sasar Kompleks Latihan Tempur Jarak Dekat (CQB) VAT 69 Komando, Ulu Kinta di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata kejadian jam 2.15 petang Selasa lalu itu menyebabkan anggota berpangkat Lans Koperal berusia 27 tahun itu cedera bahagian tepi telinga kiri apabila seorang pegawai polis berpangkat inspektor terlepas tembakan.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, Terengganu itu sedang menjalani kursus pengendalian senjata api bersama 46 pelatih lain.

Katanya, keadaan mangsa kini stabil dan hanya menerima rawatan pesakit luar Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) susulan insiden berkenaan.

“Selepas kejadian itu, beberapa jurulatih termasuk pasukan perubatan memberi rawatan awal kepada mangsa bagi menghentikan pendarahan.

“Mangsa yang mengalami luka di tepi telinga kiri kemudiannya dihantar ke HRPB dengan keadaannya dilaporkan stabil dan menerima rawatan pesakit luar,” katanya memetik BH Online hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button