Jenayah & Mahkamah

Tiga penjenayah warga asing ditembak mati di Selayang

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati tiga penjenayah disyaki warga asing dalam pertembungan di Taman Selayang Jaya dekat Selayang di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 1 pagi.

Katanya, satu sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 2 petang ini.

“Memandangkan Ketua Polis Selangor akan mengadakan sidang media petang ini, jadi segala maklumat lanjut berkaitan kejadian terbabit akan diberikan oleh beliau,” katanya memetik laporan Bernama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button