Sukan

Penyerang Jordan, Ali Olwan senjata baharu Selangor

KUALA LUMPUR – Selangor FC mengumumkan penyerang kebangsaan Jordan, Ali Olwan sebagai senjata baharu pasukan Gergasi Merah itu.

Penyertaan penyerang berusia 24 tahun itu menyaksikan Olwan menjadi pemain ketiga daripada Jordan selepas dua rakan senegaranya, Noor Al-Rawabdeh dan Reziq Bani Hani kini berada dalam skuad Selangor FC.

Dilahirkan di Amman, Jordan, Olwan sudah membuat 42 penampilan dan beraksi sebagai pemain utama Jordan termasuk ketika kejohanan Piala Asia baru-baru ini.

Sebagai rekod, Olwan telah meledak 12 gol bersama Jordan termasuk mencipta hatrik ketika menentang Malaysia dalam aksi persahabatan pada Oktober 2021.

Kehadiran Olwan pastinya akan memberi tonik bagi menambah kekuatan jentera serangan Selangor lebih-lebih lagi selepas pasukan Gergasi Merah berjaya menempah tiket ke final Piala FA.

Selangor dijadualkan akan berdepan juara bertahan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) Ogos ini.

Show More

Related Articles

Back to top button