Berita Semasa

Orang ramai digalakkan guna LRT ke Himpunan Pembebasan Palestin hari ini

BUKIT JALIL – Orang ramai digalakkan menggunakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, di sini malam ini.

Rapid KL dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya turut menyarankan penumpang menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) bagi perjalanan yang lebih lancar.

“Jom naik LRT ke Perhimpunan Pembebasan Palestin dan turun di Stesen LRT Bukit Jalil,” kata hantaran itu, hari ini.

Himpunan itu yang dijangka bermula pada pukul 6 petang nanti adalah untuk menghantar mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan kekejaman berterusan rejim zionis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijangka menyampaikan pidato untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin bersama beberapa pemimpin lain.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat Maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kira-kira 20,000 orang dijangka hadir bagi menyertai himpunan berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button