Berita Semasa

Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media dilaksana bagi bayaran bil Ogos

PUTRAJAYA – Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media akan dilaksanakan bagi bayaran bil Ogos ini, sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Menurut Kementerian Komunikasi, insentif berupa tawaran rebat bil telefon pelan pascabayar secara sekali beri itu, diteruskan seperti diumumkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semasa Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA), Mei lalu.

Katanya, Insentif tersebut terbuka kepada pengamal media berstatus warganegara Malaysia, pemegang Kad Perakuan Media (belum tamat tempoh) yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan sedang melanggan pelan pascabayar dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) terlibat.

“Pengamal media yang layak disarankan untuk mengemas kini nombor telefon pascabayar dan maklumat lain yang berkaitan melalui Sistem eMedia JAPEN di pautan https://emedia.penerangan.gov.my/ sebelum 31 Ogos 2024 untuk menikmati insentif ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, pemberian rebat itu terhad kepada bayaran komitmen bulanan sahaja serta tertakluk kepada terma dan syarat telco terlibat iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, TM (Unifi Mobile), Tunetalk, XOX Com dan YTL Communications (YES).

Show More

Related Articles

Back to top button