Berita Semasa

Lapan gerai medan selera Taman Lembah Keramat musnah terbakar

WANGSA MAJU – Sebanyak lapan buah gerai musnah dalam kebakaran di medan selera Jalan AU 5 Taman Lembah Keramat, di sini pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.49 pagi sebelum menggerakkan 18 pegawai dan anggota ke lokasi.

Katanya, operasi itu membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang serta dibantu BBP Pandan dan BBP Wangsa Maju.

Kebakaran membabitkan lapan gerai di medan selera namun tidak melibatkan sebarang mangsa, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kebakaran dianggarkan melibatkan kemusnahan kira-kira 80 peratus ke atas premis yang terlibat.

Show More

Related Articles

Back to top button