Berita Semasa
Dua kilang musnah dalam kebakaran
SUNGAI BULOH – Dua kilang papan dan besi di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina Sungai Buloh, di sini musnah dalam kebakaran, pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.36 pagi.
“Seramai 29 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Bukit Jelutong, BBP Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba kebakaran membabitkan dua kilang papan dan besi yang terbakar 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Tambahnya, api sedang marak dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune