Berita SemasaSukan

VAR pertama kali digunakan di Malaysia

KUALA LUMPUR – Bola sepak Malaysia mencatat sejarah selepas Teknologi video bantuan pengadil (VAR) digunakan buat pertama kalinya di negara ini.

Teknologi tersebut digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur City (KL City) FC menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Cheras, di sini malam tadi.

Teknologi berkenaan digunakan buat julung kalinya pada minit ke-18 oleh pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin yang tidak memberikan sepakan penalti, sebaliknya hanya sepakan penjuru buat pasukan Kl City.

VAR sekali lagi digunakan pada minit ke-35 dan kali ini, Zamzaidi memberikan penalti kepada KL City serta kad kuning buat pemain Negeri Sembilan, Che Rashid Che Halim.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan KL City bergelar juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan, menumpaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button