Berita Semasa

Polis giat kesan wanita hilang selepas hantar kereta sewa

TANJUNG MALIM – Polis sedang giat mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang bekerja di sebuah kedai kereta sewa disedari hilang selepas dia menghantar kenderaan kepada pelanggannya di Taman Universiti dekat sini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nadir berkata, laporan kehilangan wanita itu diterima daripada rakan sekerjanya jam 1.56 pagi pada Khamis.

“Kali terakhir mangsa memakai baju korporat Muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di talian 05-4596122.

Show More

Related Articles

Back to top button