
Copa America 2024: Uruguay tunjukkan tuan rumah jalan pintu keluar
MISSOURI – Pasukan juara Piala Dunia dua kali, Uruguay berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Amerika Syarikat, sekali gus menyingkirkan mereka daripada Copa America 2024 untuk mara ke suku akhir sebagai juara Kumpulan C di Stadium Arrowsmith, sebentar tadi.
Penyingkiran Amerika Syarikat itu disahkan lagi apabila kemenangan 3-1 Panama ke atas pasukan Bolivia untuk menyaksikan impian mereka berkecai di peringkat kumpulan malah di laman sendiri.
Kedua-dua pasukan bermain tidak begitu tajam di depan pintu gol namun, satu jaringan Uruguay oleh Mathias Olivera pada minit ke-66 sudah cukup untuk memadam impian tuan rumah.
Olivera memanfaatkan peluang yang hadir melalui satu sepakan sudut yang disambutnya dengan tandukan deraa ke dalam gawang gol Amerika Syarikat.
Terdahulu, prestasi Uruguay di Copa America 2024 setakat ini cukup cemerlang dengan memastikan rekod 100 peratus kemenangan untuk mara ke peringkat lapan terbaik.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |