Potret Agong, Raja Permaisuri dipersembah untuk pertabalan
KUALA LUMPUR – Istana Negara mempersembahkan potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Potret itu dipersembahkan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai ini bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Sebanyak enam acara sampingan diadakan bersempena istiadat itu bermula dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 18 Julai di Masjid Negara diikuti Khutbah Khas Solat Jumaat di masjid sama pada keesokan hari.
Selain itu, pada 20 Julai, Istana Negara akan menjadi tuan rumah bagi Majlis Santapan Diraja dan pada 23 Julai, Raja Permaisuri Agong akan mengadakan lawatan ke Hospital Orang Asli di Gombak, Selangor, sebagai sebahagian daripada program istiadat ini.