Berita Semasa

[VIDEO] ‘Kesukarelawanan Tunjang Perpaduan’ tema baharu misi sukarelawan siswa YSS

PUTRAJAYA – ‘Kesukarelawanan Tunjang Perpaduan’ hari ini diumumkan sebagai tema baharu bagi semua misi sukarelawan siswa anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

Tema baharu itu diumumkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang ketika majlis ‘flag off’ Misi Sukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign (GSVC) ke Vietnam, di sini hari ini.

@malaysiatribune

Seramai 50 orang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih untuk menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign (GSCV) ke Vietnam bermula 7 Julai hingga 9 Ogos. Majlis ‘flag off’ misi ini disempurnakan oleh Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, hari ini. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Menurut Aaron, kesukarelawan harus menjadi intipati kepada integrasi sosial yang dapat digunakan untuk meningkatkan keupayaan dan pembangunan komuniti.

“Tema ini tentunya mendukung aspirasi Malaysia MADANI dan slogan ‘Segulai Sejalai’ yang mengutamakan nilai kebersamaan, ihsan dan kasih sayang.

“Budaya kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda perlu diperkasakan kerana ia mampu meningkatkan semangat cintakan negara, dan saling hormat menghormati antara kaum di negara ini,” katanya, hari ini.

Aaron turut menambah, kementerian turut berharap supaya YSS akan diangkat menjadi peneraju dan focal point utama bagi aspek kesukarelawanan belia di negara ini.

Pada program GSCV kali ini, seramai 50 orang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan di Vietnam mulai 7 Julai hingga 9 Ogos.

Mereka akan dipecahkan kepada empat kumpulan dan akan ditempatkan di lokasi yang berbeza.

Antara lokasi misi tersebut ialah di Thoi An Ward (District 12), Phuoc Loc Commune (Nha Be District), Tan Nhut Commune, (Binh Chan District) dan An Nhon Tay (Chu Chi).

Antara projek-projek utama yang akan menyaksikan keterlibatan sukarelawan Malaysia adalah projek membina rumah persahabatan, menaik taraf jalan, baik pulih taman permainan,membuat landskap di kawasan komuniti, penyediaan kawasan pembuangan sampah dan aktiviti menanam pokok.

Show More

Related Articles

Back to top button