Berita SemasaSukan

Didakwa hina Slovakia: Bellingham berhadapan siasatan UEFA

LONDON – Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) sedang menyiasat bintang sensasi England, Jude Bellingham berhubung kelakuannya meraikan kemenangan England ke atas Slovakia dalam Euro 2024, namun beliau telah menafikan perkara itu.

Bellingham berkata, dia tidak bermaksud menunjukkan isyarat itu kepada penyokong Slovakia, sebaliknya sebagai simbolik gurauan dengan kenalannya yang berada di bangku peminat.

“Gerak isyarat itu merupakan satu jenaka dalaman terhadap beberapa rakan rapat saya yang menghadiri perlawanan. Tiada sebab tersembunyi dan saya amat menghormati corak permainan Slovakia,” katanya dalam laman sosial.

Menerusi satu rakaman video, pemain tengah Real Madrid itu dilihat mencium tangannya dan mencengkam kelangkangnya selepas wisel sepenuh masa dibunyikan.

Katanya, beberapa pihak mentafsirkan isyarat itu sebagai penghinaan terhadap penyokong dan bangku simpanan Slovakia.

Walaupun Bellingham cuba menjelaskan kejadian itu, UEFA mengesahkan mereka akan menyiasat kelakuan tersebut.

Dalam pada itu, Bellingham menjaringkan sepakan gunting yang menakjubkan lima minit sebelum masa kecederaan ketika England bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Slovakia dalam pusingan 16.

Kemenangan mereka dimuktamadkan menerusi jaringan Harry Kane yang menanduk masuk gol kemenangan pada masa tambahan.

Show More

Related Articles

Back to top button