Berita Semasa

Henti peralat isu Palestin demi kepentingan politik – Yadim

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyelar tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan perjuangan Palestin dan Masjidil Aqsa demi kepentingan peribadi, kelompok dan parti politik tertentu

Menurut Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, pihaknya menyifatkan tindakan memperalatkan isu Palestin amatlah tidak wajar.

Kata Hasanuddin, pihaknya bersyukur kepada sekurang-kurangnya empat badan bukan kerajaan atau gerakan utama Islam yang terdiri daripada WADAH, HALUAN, IKRAM dan ABIM telah mengeluarkan satu kenyataan bersama yang cukup matang dan tegas.

“Marilah kita sentiasa rasional, berlapang dada, sifat terbuka seta dapat membezakan kepentingan-kepentingan lain dengan kepentingan perjuangan Masjidil Aqsa.

“Tumpukan kepentingan perjuangan ini sebagai tanggungjawab bersama umat Islam dan mengangkatnya menjadi is kemanusiaan sejagat agar seluruh rakyat Malaysia dan penduduk dunia bersama dalam perjuangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hasanuddin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua gerakan-gerakan Islam di negara ini dan juga seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama dengan periuangan kemanusiaan Palestin ini.

“Bersama kita menyokong dasar-dasar periuangan Palestin di bawah pimpinan semua Perdana Menteri sejak zaman Almarhum Tuanku Abdul Rahman sehinggalah Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kedua-dua Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button